Budu merupakan makanan
tradisional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur.
Budu atau sos bilis
yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian
para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat,Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu
memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa
toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai
penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan
bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan
"kuno".
Budu didapati
berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses
penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada
peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat
antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit
jantung dan hipertensi.
Budu memiliki zat gizi
yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding
jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses
dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu
mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat
kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia
mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita
penyakit diarrhoea kronik ini
serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat
mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan
sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta
menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak
membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi
dan masalah kembung perut bagi
kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu
iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).
Budu merupakan
sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1(thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang
dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang
mana vitamin B12 ini
tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging
lain. vitamin B12 ini
perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini
mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan
berat badan menurun.
Kadar vitamin B12 dalam
budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu
hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan
manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal
diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di
dalam badan.
Selain pembekal kepada
protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah
yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9,
39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat
antioksidan dalam bentuk isoflavon.
Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang
sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal
bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih
elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga
menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas
didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang
terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah
pembentukan radikal bebas tersebut.
Kebiasaannya di dalam
apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dangenistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan
faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan
paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
Penelitian yang
dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika
Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang
terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan
dan barah payu dara.
Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner
akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang
disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan,
jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar
lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang
aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik
(menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati
pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar
kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber
protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary
fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8
hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat
yang dianjurkan oleh National Cancer Research.
Berbanding serat di
dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk
dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta
kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan
malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai
vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan